Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Isnin, 6 Disember 2010

Anwar gagal lagi minta hakim tarik diri dengar kes liwat

KUALA LUMPUR, 6 Dis — Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam usaha kali keduanya meminta Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah yang mendengar kes liwat beliau agar menarik diri.

Dalam keputusan tidak yang mengejutkan, Mohd Zabidin menolak permohonan pembela pagi ini sambil mengetepikan kebimbangan Anwar bahawa beliau tidak akan diberikan perbicaraan yang adil.

Mohd Zabidin juga tidak melihat pertukaran kata-kata lisan dengan peguam utama Anwar, Karpal Singh akhir bulan lalu seharusnya dilihat benar-benar membawa bahaya bias dalam kes ini.

“Itu yang terjadi pada 23 November dan saya merasakan mana-mana orang munasabah yang membaca kata-kata itu dalam konteks, tidak akan membuat tanggapan bahawa benar-benar akan wujud bahaya bias, hanya kerana timbulnya kata-kata sedemikian antara seorang peguam dan hakim perbicaraan,” kata beliau.

“Oleh itu permohonan ini diketepikan,” kata beliau dalam keputusan ringkas.

Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat memohon supaya Mohd Zabidin menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat beliau.

Ini merupakan kali kedua Anwar memohon supaya hakim perbicaraan menarik diri. Yang pertama selepas hakim enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan Malaysia berhubung laporan yang didakwa pembelaan predudis terhadap kes itu.

Permohonan pertama itu ditolak Mohd Zabidin serta oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkaman Persekutuan.

Anwar, 63, didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 25, di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Ketua Pembangkang memohon untuk hakim itu menarik diri atas alasan bahawa hakim berkenaan telah menggugut peguamnya pada Isnin lepas, dan walaupun hakim telah menarik ugutan itu, Anwar berkata terdapat sikap berat sebelah jika hakim berkenaan terus mendengar kesnya.

Anwar mendakwa bahawa hakim berkenaan telah memberitahu peguamnya bahawa permohonannya agar beliau menarik diri boleh menghina mahkamah, di mana peguam beliau berkata hakim berkenaan telah mengugutnya.

Anwar juga memfailkan permohonan atas alasan bahawa hakim itu telah memberikan tafsiran berbeza dengan keputusan Mahkamah Agung 1993 berkaitan peruntukan Seksyen 45 Akta Keterangan dalam keputusannya yang menafikan Anwar akses pada nota klinikal Saiful kepada pembelaan.

Tiada ulasan:

Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com