Assalamualaikum Dan Selamat Datang... Blog ini terbuka untuk kritikan dalam usha untuk menambah baik..

Khamis, 30 September 2010

Kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat

Kenyataan Media
Membalas kritikan terbaru Zaid Ibrahim terhadap Parti Keadilan Rakyat (Keadilan) dan pemilihan parti
30 September 2010

KEADILAN kebingungan dengan keluhan Zaid Ibrahim yang tidak habis-habis kepada pihak akhbar tentang parti dan pemilihan parti yang sedang berlangsung, termasuklah wawancara eksklusif dengan Utusan Malaysia yang pernah disebut beliau sebagai akhbar Gestapo.

Apakah beliau lupa bahawa dirinya merupakan subjek kempen kotor Utusan, selama pilihanraya kecil Hulu Selangor dulu? Apakah beliau lupa serangan bertubi-tubi Utusan terhadap Pakatan Rakyat yang menyebabkan Pakatan tidak mengendahkan akhbar tersebut?

Zaid turut membuat sindiran kasar bahawa sesetengah pemimpin termasuk Tian Chua dan Gobalakrishnan telah dihalang daripada bertanding jawatan cabang KEADILAN, bilamana mereka bebas bertanding dan berkempen sesuka mereka. Hakikatnya, Tian Chua telah menang jawatang ketua cabang di Batu dan Gobalakrishnan pula akan bertanding untuk jawatan ketua cabang di Padang Serai. Demikian juga, tiada siapa yang mencegah Zaid untuk tidak mencalonkan diri beliau bagi apa jua jawatan, termasuklah jawatan Presiden Parti.

Selanjutnya, kita juga hairan bahawa beliau seringkali membandingkan KEADILAN dengan UMNO. Walhal tidak ada tolok bandingnya apabila KEADILAN mengemukakan segala pendirian-pendirian yang tidak dipegang UMNO. Beliau mesti berhenti melakonkan watak “mangsa” untuk meraih simpati dengan cara menjejaskan parti.

Daripada mengeluh secara terbuka tentang pemilihan dan merosakkan parti, beliau seharusnya membuat aduan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) bersama perincian yang tepat dari membuat kenyataan meluru berlakunya konspirasi dan taktik curang.

Kita juga bingung dengan kenyataan Zaid bahawa parti ini menghalang "agenda reformasinya" sedangkan keputusan parti selalu dibuat secara kolektif bagi menambah dasar-dasar parti yang progresif dan berteraskan reformasi. Zaid seharusnya mengemukakan “agenda reformasi” beliau tersebut dan patut membentangkannya menerusi pembuatan keputusan parti yang biasa dari memberi petikan-petikan ringkas kepada media massa.

Sebagai ketua KEADILAN Wilayah Persekutuan, dan juga sebagai ahli kepada Majlis pimpinan pusat (MPP) dan Biro Politik, Zaid berada di peringkat tertinggi proses pembuatan keputusan parti. Maka beliau mempunyai lebih dari peluang biasa untuk memberi pandangan beliau. Zaid harus mengakui bahawa beliau sebahagian daripada kepimpinan parti. Maka, beliau tidak dapat mengelakkan daripada tanggungjawab bersama yang termaktub itu dan mestilah menghormati pembuatan keputusan parti.

Keadilan ingin menasihati beliau untuk menilai semula apa yang telah dicapai oleh sebagai agen reformasi di Negara ini termasuk termasuklah pemilihan parti yang menempa sejarah ini yang telah memberi kuasa mengundi yang sama kepada setiap anggota parti tanpa mengira jawatan mereka dan ini merupakan bukti komitmen kami terhadap reformasi.

Dalam ketika kesengitan pemilihan parti, janganlah kita lupa siapa lawan kita yang sebenarnya – UMNO/BN. Dan kami yakin bahawa KEADILAN hanya akan menjadi lebih kuat selepas pemilihan parti yang bersejarah ini.

Dikeluarkan oleh:

Lee Boon Chye
Naib Presiden
KEADILAN

~~~~~~~~~~

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

Rabu, 29 September 2010

Azmin 90 - Fuziah, Shamsul dahului calon naib

Seperti yang dijangkakan, naib presiden PKR, Azmin Ali pula terus mendahului dengan memperolehi 90 pencalonan bagi jawatan timbalan presiden.

Manakala ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin mendahului pencalonan untuk bertanding jawatan naib presiden PKR dalam pemilihan parti itu November ini.

Azmin mendahului para pencabarnya selepas 150 cabang PKR selesai bermesyuarat sehingg ini.

Pencabarnya, ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 33 pencalonan, ketua PKR Perak Mustaffa Kamil (16) manakala menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (4), ahli parlimen Batu Tian Chua (4).

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut mendapat dua pencalonan bagi jawatan timbalan presiden manakala Fuziah dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masing-masing mendapat satu pencalonan.

Bagaimanapun, Fuziah yang juga pengarah pilihan raya PKR, mendahului pencalonan bagi jawatan naib presiden.

Selepas 143 cabang selesai bermesyuarat, beliau memperolehi 108 pencalonan.

Manakala Shamsul pula memperolehi 43 pencalonan daripada 159 cabang yang telah bermesyuarat sehingga ini.

Manakala penyandang jawatan naib presiden, R Sivarasa yang juga ahli parlimen Subang memperolehi 24 pencalonan manakala Lee Boon Chye pula mendapat 27 pencalonan.

Dua lagi penyandang penyandang jawatan tersebut- Azmin mendapat 11 pencalonan manakala Mustaffa pula memperolehi 31 pencalonan.

Turut dicalonkan untuk jawatan naib presiden ialah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman (26), Tian (23), Nurul (16), N Gobalakrishnan (15), Khalid (14) dan ketua PKR Johor,
Datuk Chua Jui Meng (11).

Dr Wan Azizah pula mendahului pencalonan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Sehingga ini Wan Azizah mendapat 111 pencalonan daripada 126 cabang yang telah selesai bermesyuarat, manakala ketua umum PKR pula, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat 13 pencalonan. Zaid pula mendapat dua pencalonan.

Selasa, 28 September 2010

Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri

Dr Mohd Asri Zainul Abidin


Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," katanya.

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan.

Isnin, 27 September 2010

PKR Diganggu Kerana Ia Kuat

MSO

ADA untung dan gunanya PKR membuka peluang kepada ahlinya di peringkat bawahan untuk memilih pemimpin. Sistem yang diperkenalkan PKR ternyata meriah walaupun ada beberapa kecacatan. Ini biasa kerana sistem berkenaan pertama kali diperkenalkan. Kasut mahal pun kalau pertama kali dipakai akan 'mengigit' dan 'mengeteik' tumit atau ibu jari.

Paling bermakna ia menjelaskan kedudukan sebenar parti itu dimuka umum. Dengan adanya sistem pemilihan itu kini orang mulai celek mata dengan kekuatan PKR dan pengaruhnya yang makin melata di seluruh negara. Pergaduhan dan kekecohan di beberapa buah cabang semasa proses pemilihan menunjukkan parti berkenaan mendapat perhatian. Orang mula melihat PKR sebagai parti yang bakal mengugat Umno dan bakal menunjunag pemerintahan di masa akan datang bersama Pas dan DAP.

Sebelum ini orang merasakan PKR hanya parti melukut saja. Ia dianggap sebagai tokol kayu yang hayut dalam lautan luas. Tidak ada siapa yang pedulikannya. Mesyuarat atau kongresnya sebelum ini tidak pernah mendapat sorotan dan ulasan 'live' apa lagi dari pihak lawannya. Namun hari ini setiap aktiviti dan mesyuarat cabang PKR mendapat sorotan dan ulasan. Untuk apa memantau mesyuarat PKR kalau ia tidak membimbangkan?

Yang jelasnya hari ini PKR mempunyai cabang di 212 kawasan parlimen di seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak. Paling mengejutkan juga semua cabang itu aktif. Ini terbukti bila mana semua cabang mengambil bahagian dalam proses pemilihan pemimpin masing-masing. Ini bermakna hanya 10 kawasan Parlimen saja yang ketiadaan cabang PKR.

Pihak media yang memberi gambaran kekecohan di persidangan peringkat cabang itu untuk memburukkan parti berkenaan. Sebalik dari sisi lain ia menjelaskan PKR berkembang maju.
Pergaduan dan kekecohan biasa itu itu sekaligus menggambarkan ahli PKR masih aktif dan elemen demokrasinya jelas. Lagi pun soal pergaduhan dalam pemilihan ini semua parti sekular kecoh melainkan Pas.

Kalau mereka tidak aktif dan cabang tidak mempunyai ahli yang mencukupi korom mesyuarat, sudah pasti tidak akan ada kekcohan. Ketua dan jawatankuasa cabang boleh dilantik begitu saja. Tetapi bila ada pencalonan, pemilihan dan perbalahan ia menunjukkan PKR wujud di sesuatu kawasan itu.

Mengenai kekecohan ini kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail ianya sengaja dilakukan bagi mesebotaj mesyuarat PKR. Gunanya untuk memberi gambaran yang PKR kalut. Kekecohan itu dilakukan dan diunsuri oleh orang luar yang dengki dan sakit hati melihat kepesatan PKR.

Manakala satu lagi bukti menunjukkan PKR kuat dan menghantui pemikiran musuhnya apabila beberapa pemimpin Umno termasuk Muhyiddin Yassin turut sama mengulasnya. Kata Muhyiddin kekecohan itu menunjukkan kelemahan PKR dan tidak mampu memerintah negara.

Untuk apa Muhyiddin sibuk untuk mengulas mengenai PKR? Jelas sekali ulasan Muhyiddin itu menggambarkan kebimbangan beliau. Perkembangan menerusi pemilihan ini menyedarikan Muhyiddin bahawa PKR bersemangat dan orang ramai mulai menaruh keyakinan kepada parti itu.

Sekiranya tidak ada perasaan itu baik Muhyiddin atau sesiapa saja tidak wajar menyetuh PKR kerana pemilihan itu adalah urusan peribadi meeka. Dan kalau pun mereka yang pernah menjadi ahli parti itu atau dipecat ingin mencari sedikit wang, carilah dengan cara lain dan bukannya menganggui urusan PKR. Perbuatan mereka itu nampak sangat tidak gentleman dan tidak memahami parti politik demokrasi. [wm.kl. 8:00 am 27/09/10]

Songkok Tinggi-tinggi, Bodoh Bertingkat-tingkat!


Muhyiddin Minta Guan Eng Jawab Dakwaan Pemuda UMNO

MUAR, 25 Sept - Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng memberi penjelasan terhadap dakwaan Pemuda UMNO mengenai sumber kewangan yang digunakan kerajaan negeri bagi membiayai program pembasmian kemiskinan tegar di negeri itu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, orang Islam tidak mahu bersubahat jika benar wang judi digunakan untuk membiayai program pembasmian kemiskinan itu sebagaimana dakwaan Pemuda UMNO.

"Kita mahukan respons daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, kerana prinsipnya kena ikhlas. Kalau sumber (wang) itu daripada sumber haram, kita Muslim tidak mahu bersubahat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Pelonjakan Pendidikan Parlimen Pagoh di Dewan Sri Pekembar, Pagoh dekat sini pada Sabtu yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Dr Zulkurnain Awang.

Muhyiddin ditanya mengenai pendedahan sepucuk surat oleh Pemuda UMNO dalam akhbar pada Sabtu yang membuktikan kerajaan negeri memperoleh dana daripada sumber perjudian untuk membiayai program membasmi kemiskinan di Pulau Pinang. -BERNAMA

Ulasan GB

Jawapan oleh bagindareformasi menarik:

GAMBAR BUKTI UMNO GUNA DUIT HASIL JUDI UNTUK SEDEKAH!

UMNO ang toksah nak kalut kat Penang la.. Terutama MERICAN geng.. Hang bukan MELAYU pun... Darah MELAYU Tak sampai SESUDU pun dalam BADAN tapi sembang ngalah MELAYU PARPU... Aku bukan apa.. Kesian Kat LGE tu... Kiri Kanan kena..

Tapi aku pikir2 balik Memang BODO sungguh UMNO pasai kene KUDA oleh GERAKAN... Aku bagi soklan korang jawab... Kenapa Geng2 Merican tu sebuk cube nak jatuhkan PR Pulau Pinang pasai apa? Aku berani JAMIN lah.. Kalau UMNGOK ngan susah payah telan dosa berganda-ganda kemudian berjaya jatuhkan PR Pulau Pinang pun korang jangan HARAP UMNO dapat kuasa kat sana... Aku jamin Kerusi KETUA MENTERI kat PENANG kembali kepada KohSooKoon GERAKAN..

Tapi Gerakan rilek jer.. Mereka diam jer, biarkan UMNGOK dok tabur FITNAH... Kahkahkah Ikut sangat lah GERAKAN jadiklah BALACI depa tu... hahaha

Terbaru MERICAN Gang Kalut pasai Hasil JUDI yang di ber pada orang PENANG oleh LGE... Walaupun LGE kata dia asingkan TV-TV Pencacai tetap nak mainkan perkara ini... Lantak koranglah korang tanggung lah DOSA, Aku tak masuk CAMPUR..

Tapi kali nih sape lak nak mengia atau menidakan gambar-gambar yang aku cilok kat bawah nih...?



PERTAMA Zaman MADER


KEDUA ZAMAN PAKLAH


KETIGA ZAMAN NAJIB


SPORT TOTO dan STAFF derma pada anak yatim
klik kasik besar berite di atas dari the STAR




KAHKAHKAH ini baru serba sedikit sebenar nya BANYAK NAK MAMPUS UMNO dok terima DUIT HASIL SYARIKAT-SYARIKAT HARAM (HALAL KAT MESIA) untuk buat MESJID, BUAT HOSPITAL paling banyak BUAT JALAN RAYA Sebab TU banyak EXIDENT JALAN KAT MESIA nih...

Kalau BODOH Jangan TUNJUK kat orang.. ORANG GELAK JER..!!

p.s AMIK DUIT PETRONAS (YANG SEBENARNYE DUIT KITE SEMUA sebab minyak bukan hak kerajaan tapi hak kite semua) dan kemudian tak bagi kat kite, kaut semua buat itu buat ini masuk kocek sendiri bagi BINI belanja luar negara SEMUA TU ADALAH HARAM!!! - bagindareformasi

Ini pula jawapan dari bekas Mufti Perlis.
Intipatinya: penerima tak bersalah, yang menanggung dosa ialah si pemberi.



Wang bantuan hasil judi tidak haram: Dr Asri

SHAH ALAM - Bekas Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa bantuan dari kerajaan negeri hasil daripada pendapatan perjudian kepada rakyat miskin beragama Islam adalah tidak haram.

Beliau berkata, Kerajaan Pusat juga menggunakan sumber pendapatan yang serupa iaitu melalui kutipan cukai seperti judi, arak, hiburan dan lain-lain.

Menurutnya, kegiatan yang menggalakkan perjudian perlu dicegah oleh Kerajaan Pusat dan juga kerajaan negeri kerana kegiatan tersebut adalah haram di sisi Islam dan boleh merosakkan masyarakat.

“Hakikatnya di Malaysia, berapa banyak lagi cukai judi, arak, hiburan dan lain-lain yang dipungut oleh kerajaan.

“Pendapatan kerajaan itu juga digunakan untuk pelbagai keperluan rakyat. Kakitangan kerajaan yang mendapat gaji juga berasal dari pelbagai sumber pendapatan,” katanya kepada Sinar Harian ketika berada di Beijing, China, semalam.


Beliau berkata demikian ketika mengulas isu Kerajaan Negeri Pulau Pinang menggunakan dana daripada sumber perjudian bagi membasmi kemiskinan tegar di negeri itu.

Dr Asri berkata, penggunaan wang hasil sumber perjudian untuk membantu orang miskin tidak menyebabkan wang yang diterima rakyat menjadi wang tidak halal.

Menurutnya, sekiranya penerima bantuan kemiskinan mahu menggunakan untuk berniaga, hasil pendapatan daripada perniagaan itu juga dikira halal.

“Transaksi itu dibuat atas tujuan ‘bantuan’, bukan atas judi. Kesalahan ditanggung kerajaan dan syarikat judi, bukannya rakyat,” katanya. -SH

Sumber Greenboc

Ahad, 26 September 2010

Timbalan: Azmin 78, Zaid 29, Mustaffa 16, Khalid 4, Tian 3

kemaskini 7.50pm Ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendapat pencalonan ke-29 dari cabang Teluk Kemang, Negeri Sembilan, untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 132 cabang selesai bermesyuarat.

Manakala ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pencalonan ke-10 dari cabang tersebut untuk jawatan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden, Teluk Kemang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan Dr Lee Boon Chye.

Pengurus kempen’ Azmin, Kamarul gagal kekal ketua Telok Kemang

MI

KUALA LUMPUR, 26 Sept — Ahli Parlimen Telok Kemang Datuk Kamarul Bahrin Abas tewas dalam usaha mempertahankan jawatan ketua cabang Telok Kemang hari ini.

Wakil rakyat penggal pertama itu tewas di tangan Adun Port Dickson yang menerima 279 undi.

Keputusan yang diumumkan sebentar tadi menunjukkan Kamarul yang dua minggu lalu mengetuai 20 Ahli Parlimen dan Senator mengumumkan sokongan padu kepada Azmin Ali bertanding jawatan timbalan presiden menerima 137 undi.

Dari malaysiakini

Ahli parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas gagal merebut jawatan ketua PKR cabang berkenaan dalam pemilihan hari ini.

Beliau tewas kepada pemangku jawatan tersebut, M Ravi yang juga ADUN Port Dickson.

Dalam pemilihan hari ini, Ravi mendapat 279 undi.

Kamarul Baharin yang juga anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR mendapat 135 undi.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Ravi berkata pemilihan hari ini hanya merupakan "pertandingan bersifat kekeluargaan'.

"Saya tidak ada salahfaham dengan Datuk Kamarul... hari ini, esok dan lusa... kawan tetap kawan," katanya.

Timbalan: Azmin 78, Zaid 28, Mustaffa 16, Khalid 4, Tian 3

Kemaskini 7.20pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-77 dari cabang Petaling Jaya Selatan, untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 131 cabang selesai bermesyuarat.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden, Kluang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin dan ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub.
kemaskini 7.06pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-77 dari cabang Kluang, Johor untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 130 cabang selesai bermesyuarat.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden, Kluang mencalonkan ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah; ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng dan Dr Lee Boon Chye.

kemaskini 6.58pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-76 dari cabang Kota Raja, Selangor untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 129 cabang selesai bermesyuarat.

Kota Raja juga mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala bagi jawatan naib presiden, Kota Raja mencalonkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman; ahli parlimen Batu, Tian Chua; ahli parlimen Kuatan, Fuziah Salleh dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.
dikemaskini 6.40pm Naib presiden PKR, Azmin Ali mendapat pencalonan ke-75 untuk bertanding jawatan timbalan presiden selepas 128 cabang selesai bermesyuarat hari ini.

Pencalonan terbaru untuk Azmin datangnya dari cabang Shah Alam, Selangor. Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala calon naib presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
dikemaskini 5.56pm Seorang lagi calon timbalan presiden, Mustaffa Kamil Ayub menambah satu lagi pencalonan - dari cabang Seremban. Ketua PKR Perak itu kini memperolehi 16 pencalonan selepas 127 cabang selesa bermesyuarat.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Kuantan, Fuziah Salleh; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akini; ahli parlimem Batu, Tian Chua dan pengerusi tetap AMK, Yahya Shaari.

dikemaskini 5.50pm Pencalonan untuk Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanding jawatan timbalan presiden semakin bertambah. Terbaru Menteri Besar Selangor itu kini mendapat pencalonan dari Cabang Bandar Tun Razak.

Berikutan itu, Abdul Khalid kini memperolehi empat pencalonan selepas 126 cabang PKR selesai bermesyuarat.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrisnan dan ahli parlimem Batu, Tian Chua.

dikemaskini 5.45pm Cabang PKR Seputeh mencalonkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk jawatan timbalan. Menteri Besar Selangor itu kini mendapat 3 pencalonan selepas 125 cabang selesai bermesyuarat hari ini.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Calon bagi naib presiden pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Dr Lee Boon Chye.

Timbalan: Azmin 74, Zaid 28, Mustaffa 15, Tian 3, Khalid 2

dikemaskini 5.37pm Cabang PKR Batu mencalonkan Azmin Ali untuk jawatan timbalan. Naib presiden PKR itu kini mendapat 74 selepas 124 cabang selesai bermesyuarat hari ini.

Batu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk mengekalkan jawatan presiden.

Manakala calon bagi naib pula ialah ahli parlimen Batu, Tian Chua; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Tian Chua memenangi jawatan ketua cabang Batu tanpa bertanding.

dikemaskini 5.30pm Cabang PKR Lembah Pantai mencalonkan ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim bertanding jawatan timbalan ketua. Zaid kini mendapat 28 selepas 123 cabang selesai bermesyuarat hari ini.

Lembah Pantai turut mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan presiden.

Manakala calon bagi naib pula ialah ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ketua AMK, Shamsul Iskandar Md Akin; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan ahli parlimen Batu, Tian Chua

Azmin 73, Zaid 27, Mustaffa 15, Tian 3, Khalid 2

5.10pm Pencalonan bagi naib presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR meningkatkan kepada 73 selepas 121 cabang selesai hari ini.

Pencalonan terbaru untuk Azmin datangnya dari cabang Jelutong, Pulau Pinang. Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dicalonkan untuk mengekalkan jawatan presiden.

Pengiraan untuk calon naib presiden masih berjalan.

Sementara itu, cabang Petaling Jaya Utara (PJU) pula mencalonkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Ini adalah pencalonan kedua untuk beliau dan sekaligus melayakkan beliau bertanding jawatan timbalan.

PJU mencalonkan Dr Wan Azizah untuk jawatan presiden.

Manakala calon naib presiden ialah pengarah strategik PKR, Tian Chua; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah.

Sehingga semalam, Azmin memperolehi 70 pencalonan selepas 118 cabang selesai bermesyuarat.

Pembantu Azmin yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan kedudukan terkini itu.

Hari ini Azmin memperolehi dua lagi pencalonan - dari cabang Bukit Bintang (Wilayah Persekutuan) dan Pensiangan (Sabah).

Manakala ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim pula mendapat 27 pencalonan; ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (15) dan pengarah strategik PKR, Tian Chua (3), manakala pengarah pilihan raya Fuziah Salleh; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masing-masing mendapat satu pencalonan.

Sementara itu, bagi jawatan presiden, Bukit Bintang mencalonkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Pensiangan pula mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan tersebut.

Bagi jawatan naib presiden, Bukit Bintang mencalankan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng, dan pengerusi tetap AMK, Yahya Shaari.

Pensiangan pua mencalonkan Datuk Jeffrey Kitingan; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ketua PKR cabang Tuaran, Ansari Abdullah; dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman.

Sebanyak 37 lagi cabang PKR di enam negeri dijadual melangsungkan mesyuarat agung tahunan dan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan cabang dan pusat hari ini.

Negeri-negeri itu ialah Johor (6 cabang), Negeri Sembilan (2), Pulau Pinang (3), Sarawak (9), Wilayah Persekutuan (7), Selangor (9) dan Sabah (1).

Mengapa Permatang Pauh mahu pertahankan Pak Tam?

Keadilan Permatang Pauh - Ribut dalam cawan (1)

Oleh Zulkifli Mohamed

Ramai tergamam apabila Ketua Cabang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggikan suaranya pada mesyuarat Agung PKR Permatang Pauh pada kali ke-7 pada 19 September 2010 lalu.

“Tak kesian ka kat Pak Tam, yang sedang uzur, yang sedang sakit ni. Apa salahnya jika Mansor (Datuk) menjadi timbalan saya ? Memang Pak Tam banyak berjasa kepada Permatang Pauh, saya sentiasa kenangkan jasa Pak Tam, tapi dia sedang sakit sekarang…”

Saya yang turut berada ketika itu juga tergamam. Terkejut ada, sedih pun ada. Itulah pertama kali saya melihat Azizah yang lebih mesra dipanggil Kak Wan ‘mengamuk’.

Azizah terpaksa meninggikan suara dan hampir menitiskan air mata, ekoran ada beberapa anggota parti mempertikaikan secara lantang dek kerana kertas pengundian untuk jawatan Timbalan Ketua Cabang tiada sewaktu proses pengundian yang diadakan serentak dengan Mesyuarat Agung parti itu.

Sebelum itu, sewaktu berucap selaku Ketua Cabang Azizah mengumumkan Pak Tam atau nama sebenarnya Che Mat Hashim telah menarik diri untuk mempertahankan jawatan sebagai Timbalan Ketua Cabang, sekaligus memberi kemenangan kepada pencabarnya ADUN Penanti Datuk Mansor Othman merangkap Timbalan Ketua Menteri 1 yang juga bekas Ketua Cabang Balik Pulau.


Penarikan diri itu kemudiannya diumumkan sekali lagi oleh Pengerusi Tetap yang turut menunjukkan surat penarikan diri Che Mat atas alasan kesihatan. ( tetapi tidak membacanya kepada ahli)

Untuk rekod, Che Mat telah hampir setahun menghabiskan masa di atas katil dan keluar masuk hospital. Ekoran masalah kesihatannya, dia tidak hadir untuk mesyuarat Agung pada kali-6 dan ke-7 lalu. Begitu juga dengan mesyuarat peringkat cabang, bahkan ada mesyuarat terpaksa diadakan di rumahnya, kerana masalah kesihatan yang dihadapinya itu.

Ada anggota yang mempertikaikan alasan tersebut. Katanya tidak guna disuruh mendoakan agar Che Mat sihat seperti sediakala, jika tidak yakin Che Mat akan sembuh semula.

Bahkan, ada ahli yang memprotes keluar dewan kerana mendakwa surat penarikan diri itu tidak sah kerana dibuat selepas tamat tempoh untuk menarik diri iaitu 8 September 2010. Surat Che Mat bertarikh 17 September dakwa mereka sebenarnya ditulis pada malam 18 September, iaitu sehari sebelum pemilihan. Mereka mempertikaikan mengapa Jawatankuasa Pemilihan PKR Pusat boleh menerima surat penarikan diri tersebut yang jelas melanggar prosedur dan tatacara pemilihan.

Mereka juga mendakwa, sebenarnya Che Mat telah dinasihatkan menarik diri oleh ‘tangan ghaib’. Perkara itu dinyatakan dalam blog Anak Sungai Derhaka. Namun, blog berkenaan tidak pula menamakan siapa gerangan tangan ghaib tersebut. Blog tersebut sepatutnya mendedahkan siapa gerangannya . Adakah gerangan tersebut Anwar Bin Ibrahim si Ketua Umum aka ‘Sivagi The Boss’ sepertimana yang dilabelkan oleh blog Sharpshooter ?

Dari segi melanggar prosedur tatacara pemilihan iaitu pertikaian tarikh surat penarikan diri Che Mat, saya bersetuju dengan anggota parti terrsebut. Justeru, saya sarankan anggota parti yang tidak berpuashati membuat membuat aduan bertulis kepada pihak berkenaan bagi menyiasat dakwaan ini, seterusnya mengambil tindakan lanjut. Dan jika perlu, mungkin diadakan pemilihan semula ?

Namun, dari aspek lain jika benar ada campurtangan Anwar yang menasihatkan Che Mat untuk menarik diri, saya yakin pertimbangan Anwar bukan faktor kesihatan Che Mat semata-mata. Tentu ada faktor lain yang lebih utama lebih mendesak. Seperti mana tindakan parti terhadap bekas TKM 1 Fairus Khairuddin dulu.

Dalam hal ini, demi menjaga hati banyak pihak, demi menjaga keharmonian dan keutuhan parti, saya percaya Anwar tidak akan berterus terang kepada akar umbi biarpun ada yang termakan hati dengan tindakannya itu, termasuk saya sendiri dan Sharpshooter ( dalam isu Fairus.)

Saya masih teringat ketika bekas Pengerusi PKR P.Pinang Zahrain Hashim dan Timbalannya Mansor Othman mengadakan mesyuarat khas dengan pimpinan PKR negeri, berterus terang mendedahkan kebobrokon Fairus, Anwar yang berada di ibu kota ketika itu, melenting habis. Zahrain dan Mansor menjadi mangsa amarahnya.

Saya yakin Anwar begitu juga Azizah tidak akan ‘mengaibkan’ apatah melupakan jasa mana-mana barisan pimpinannya, lebih-lebih lagi di cabang Permatang Pauh.

Bersambung..Mengapa Ada Ahli Pmtg Pauh Mahu Che Mat Yang Sakit Pertahan Jawatan? ( 2 )


Mengapa Permatang Pauh mahu pertahankan Pak Tam? (2)


Oleh Zulkifli Mohamed
Begitu sedih dan sayu apabila menatap foto terkini bekas Timbalan Ketua Cabang PKR Permatang Pauh Che Mat Hashim yang sedang uzur terlantar di hospital Bukit Mertajam. Jelas susuk tubuhnya semakin susut.
Foto tersebut sebahagiannya saya terjumpa ketika melayari Facebook Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mansor Othman sewaktu beliau melawat Che Mat di Hospital Bukit Mertajam pada 21 September 2010 iaitu dua hari selepas pemilihan cabang Permatang Pauh.
Che Mat lebih mesra dipanggil Pak Tam, adalah teman lama saya ketika kami sama-sama berjuang di Permatang Pauh, ketika era Anuar Shaari sebagai Ketua Cabang lagi. Ketika itu Che Mat adalah Bendahari Bahagian, kini Cabang.
Selaku Setiausaha KADUN Penanti ketika itu, saya bersama Che Mat dan teman-teman berganding bahu menyusun program memantapkan parti. Sasaran kami, mengekalkan kerusi Permatang Pauh, menawan kembali DUN Seberang Jaya dan Penanti pada pilihanraya ke-12.
Selepas Anuar Shaari umum keluar PKR mengikut jejak mentornya Ezam Mohd Noor, pada Mac 2007, Che Mat dilantik sebagai Timbalan Ketua Cabang. Berketuakan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggantikan Anuar Shaari. Azizah ketika itu adalah Presiden PKR dan satu-satunya Ahli Parlimen tunggal PKR yang terselamat dalam ‘Gelombang Biru 2004’ pimpinan Abdullah Badawi.
Terkejut Anak Calon Bapa
Kali terakhir saya menziarahi Che Mat di rumahnya sebelum bulan Ramadan lalu, bersama-sama beberapa teman. Ketika itu, meskipun masih mampu tersenyum, namun susuk tubuhnya jelas susut. Tangan dan kakinya bengkak. Senarai panjang jenis makanan pantang larang yang tidak boleh dijamahnya jelas terpampang di dinding biliknya. Juga kelihatan deretan bekas-bekas ubat. Dari perbualan dengannya dia percaya, dia kena santau. Puas dia berubat secara tradisional dan moden, namun kesihatannya tidak banyak berubah.
Namun ada berpendapat, penyakit Che Mat mungkin ada hubungkait dengan amalan meracun dan merumput di sawah yang diusahakannya.
“ Aku pernah naik kereta bersamanya, bau racun cukup kuat, aku tak tahan, rasa nak termuntah, tapi yang hairannya dia tak bau apa-apa pun,” jelas sumber itu.
Tambahnya, mungkin kerana telah lama terdedah dengan keadaan itu, Che Mat mungkin telah tepu dengan racun-racun tersebut.
Bagaimanapun, katanya sumber hospital mengesahkan paru-paru Che Mat dijangkiti kuman.
Melihat keuzuran Che Mat, mereka yang rasional dan waras pasti akan bersetuju, kesihatan Che Mat lebih penting dari segala-segalanya. Sesiapapun tidak akan percaya Che Mat akan mampu lagi mengalas tanggungjawab berat sebagai Timbalan Ketua Cabang.
Bagaimanapun setelah hampir setahun menghabiskan masa di atas katil dan keluar masuk hospital, saya tidak percaya apabila dimaklumkan Che Mat akan mempertahankan jawatan pada pemilihan cabang 19 September lalu.
Lebih terkejut apabila dimaklumkan borang pencalonannya dicadang oleh anaknya Mohd Anuar. Timbul seribu persoalan, apakah isteri dan anak-anaknya benar-benar menyayangi suami dan bapa mereka.
Mengapa keluarga tidak memikirkan kesihatan Che Mat lebih daripada daripada segala-galanya. Atau setidak-tidaknya pun menasihati Che Mat membatalkan berhasrat mempertahankan jawatan, itupun jika benar dia masih berminat. Saya berfikir, tidak mungkin keluarganya sanggup menzalimi Che Mat.
Pada saya, pada ketika inilah keluarga perlu memainkan peranan mereka. Selain daripada berusaha keras mengubati penyakit ayah tersayang, mereka perlu banyak berdoa dan mendekatkan diri ayah tersayang dengan yang maha pencipta.
Sewaktu pemilihan cabang 19 September, saya bertemu Mohd Anuar dan sempat bertanya khabar tentang bapanya dan bertanyakan hal ‘tangan ghaib’ yang menjadi bualan ketidakpuasan hati segelintir pihak dalam parti.
“ Memang bapa ada menerima panggilan daripada Anwar Ibrahim, tapi saya tidak tahu apa yang mereka bincangkan,” jelasnya.
Menjawab soalan saya selanjutnya, “Bapa saya ok, sihat, sakit sikit-sikit saja, lawan tetap lawan…”jelasnya yang seolah-olah mahu bapanya terus melibatkan diri secara aktif dalam politik.
Perbualan ringkas kami terputus, tidak sempat berbual panjang, dek kerana suasana pemilihan ketika itu.
Kemudian apabila menatap poster dan ‘chai’ team Che Mat, yang diedarkan kepada anggota parti di meja panas, hati saya semakin tersentak, apabila melihat wajah teman-teman dalam senarai chai tersebut. Foto Che Mat di lokap semalaman, ketika didakwa di bawah akta pilihanraya sewaktu pilihanraya kecil Permatang Pauh menjadi menjadi modal untuk psywar pengundi - satu strategi yang bijak. Namun dari aspek lain, saya meragui kebijaksanaan dan pertimbangan rasional teman-teman
Hati saya terus tertanya-tanya, tidak terfikirkah teman-teman tentang kesihatan Che Mat ketika itu ?
  1. Mengapakah mereka sembunyikan fakta sebenar kepada anggota parti keadaan kesihatan Che Mat ketika ini ?
  2. Mengapa mereka sanggup menzalimi dan memperalatkan Che Mat, hanya sekadar untuk melepaskan geram kepada seseorang ?
  3. Apakah ini kefahaman kebebasan demokrasi dalam parti yang mereka perjuangkan ?
  4. Apakah mereka lebih mementingkan kepentingan individu, lebih daripada kepentingan parti ?
  5. Apakah Permatang Pauh benar-benar ketandusan pemimpin ?
Teringat kata-kata Dr Wan Azizah : -
“Tak kesian ka kat Pak Tam, yang sedang uzur, yang sedang sakit ni. Apa salahnya jika Mansor (Datuk) menjadi timbalan saya ? Memang Pak Tam banyak berjasa kepada Permatang Pauh, saya sentiasa kenangkan jasa Pak Tam, tapi dia sedang sakit sekarang…”
Kata-kata emosi Kak Wan pada mesyuarat Agung 19 September lalu langsung tidak memberi bekas. Mana tidaknya, khabarnya pada malam tersebut team Che Mat meraikan kemenangan dengan membakar mercun di sebuah restoran milik Naib Ketua Cabang yang baru Elias Said.
Dan keesokannya Che Mat terpaksa bermalam semula di hospital ….


Bersambung …… Pencalonan Che Mat Simbol Protes ? (3)

KeADILan jangan silap catur

Mohd Rashidi Hasan

KONGRES Tahunan Parti KeADILan Rakyat November ini, diraikan dengan pemilihan pucuk kepimpinan yang kehangatannya mendominasi percaturan media.


Pemilihan pucuk pimpinan KeADILan menjadi tumpuan kerana, buat kali pertama kalinya dalam sejarah politik negara, sebuah parti politik menyerahkan nasib pemimpinnya kepada semua ahli.

Dalam ertikata lain, KeADILan sedang mempraktikkan amalan 'true democracy' atau demokrasi sebenar apabila semua ahli berhak mencalon dan mengundi sesiapa yang dikehendakinya.

Amalan biasa dalam sistem kepartian di Malaysia adalah sistem perwakilan atau delegate system. Di mana kuasa untuk mencalon atau mengundi diserahkan kepada perwakilan tertentu.

Sistem ini adalah sebahagian daripada demokrasi juga. Cumanya, apabila kuasa mencalon berada pada bilangan yang kecil, ia barangkali boleh mengundang kepada perebutan yang tidak sihat.


Menerusi sistem baru yang diamalkan KeADILan, semua ahli berhak mengundi, maka ia sedikit menyukarkan calon untuk mempengaruhi pengundi dengan cara manipulasi, rasuah, politik wang atau sebagainya.

Nyatanya, sistem satu ahli satu undi ini merupakan suatu reformasi politik yang sedang dinilai pemerhati politik. Ianya suatu pembaharuan politik, ianya juga suatu eksperimen untuk diuji sejauhmana keberkesanannya.

Prinsip-prinsip yang digariskan KeADILan di dalam pemilihan kali ini antaranya ialah untuk mewujudkan pemilihan yang bebas dan seimbang, asas pertandingan yang seimbang, mengutamakan kepentingan parti dari kepentingan peribadi, tiada politik wang dan proses yang transparen.

Apa pun yang digariskan sebagai suatu peraturan dalam sesebuah sistem, bukan semuanya menjamin kesaksamaan dan keadilan. Bukan semua peraturan boleh dipatuhi semua pihak yang bertanding.

Namun, apa yang diamalkan oleh KeADILan, merupakan suatu eksperimen yang bakal menentukan corak masa depan politik negara.

Pasang surut perjuangan KeADILan

Kewujudan KeADILan, sebagai parti yang masih baru dalam arena politik negara, juga merupakan suatu eksperimen yang menarik.

Rakyat hari ini melihat KeADILan sebagai suatu force multi-cultural dalam negara. Mengatasi kesatuan pelbagai kaum Gerakan, PPP, barangkali juga Barisan Nasional.

KeADILan diwujudkan pada tahun 1998 selepas peristiwa pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Memasuki Pilihan Raya Umum ke-10 pada 1999 dengan kerjasama Barisan Alternatif (PAS, DAP dan PRM).

Sebagai parti yang masih baru, KeADILan mencatat kemenangan yang memberangsangkan sehingga mampu memenangi banyak kerusi Parlimen dan Dun. Banyak juga kawasan yang berjaya dikurangkan majoriti Umno-BN. Itupun pada waktu itu lebih 600 ribu pengundi tidak dimasukkan dalam senarai oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

Namun, kecemerlangan KeADILan agak suram apabila BA berpecah. Anwar masih dalam penjara, dengan keadaan yang tidak menentu pada waktu itu.

KeADILan mengalami liku-liku getir menjelang PRU ke-11 pada 2004. Wujud perpecahan yang serius dalam parti. Ramai pemimpin yang sudah 'habis minyak'. Ramai yang kelihatan sudah letih.

Antaranya ramai pimpinan Angkatan Muda KeADILan (AMK) yang 'cabut' masuk Umno. Kesabaran kepimpinannya begitu teruji.

Kelemahan-kelemahan ini mendorong kepada kelemahan BA secara keseluruhan. PAS juga terjejas teruk, KeADILan hanya tinggal satu kerusi.

Selepas Anwar dibebaskan pada November 2004, pemulihan KeADILan masih belum memperlihatkan masa depan yang baik untuknya.

Perpecahan terus berlaku, ramai yang keluar parti, mungkin kerana tidak sabar atau tidak yakin dengan perjuangan reformasi.

Malah ada antara mereka yang mengajak Anwar masuk Umno kerana tidak mampu dengan ujian menjadi parti pembangkang.

Mengapa mereka berebut jawatan?

Selepas Anwar dibebaskan, Anwar tidak dibiarkan keseorangan. Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Dato' Dr Haron Din mengunjunginya di Munich (semasa dalam rawatan). Begitu juga dengan pemimpin DAP.

Hubungan akrab PAS, DAP dan KeADILan diteruskan walaupun Anwar dikekang undang-undang, iaitu tidak dibenar bertanding pada PRU ke-12, 2008.

Pada waktu itu, selepas pengagihan kerusi dibuat, ramai yang tidak mahu bertanding, kerana tidak yakin dengan KeADILan.

Banyak seat kosong. Sehingga KeADILan terpaksa meminjam calon-calon daripada PAS. Malah boleh dikatakan seluruh pegawai-pegawai pejabat Anwar, yang masih muda, baru dalam politik disenaraikan sebagai calon.

Sehingga pada waktu itu, KeADILan dikatakan menggunakan 'calon tangkap-muat'. Bekas askar, posmen dan yang tiada kelulusan, tidak jelas latar belakang, semuanya diambil sebagai calon untuk memenuhi kouta.

Tetapi hasil PRU-12, berlaku sesuatu di luar dugaan. KeADILan, PAS dan DAP menang besar. Kemenangan yang tidak disangka-sangka hasil sokongan rakyat.

Kemenangan ini membuatkan ramai ahli politik 'terbuka mata'. Mereka melihat potensi yang besar dalam KeADILan. Mereka mula melihat bahawa KeADILan adalah parti masa hadapan, walaupun pada suatu ketika mereka ini semuanya skeptikal dan pesimis.

Apakah kerana KeADILan dilihat bakal menerajui Putrajaya bersama PAS dan DAP, maka mereka-mereka ini berebut-rebut untuk menang dalam pemilihan KeADILan?

Apakah mereka ini hanya muncul apabila cahaya kemenangan sudah kelihatan? Jawapannya mereka sendiri yang tahu.

Masalah yang dihadapi KeADILan

Apapun sejak lebih tiga puluh bulan Pakatan Rakyat dibentuk, rakyat amat-amat memerhati KeADILan, PAS dan DAP.

Soal siapa yang menawarkan diri, siapa yang berebut jawatan, atau sesiapa yang hendak diundi, terserahlah kepada perwakilan KeADILan untuk menentukannya.

Cumanya, harus diingatkan bahawa bukan kepimpinan yang hendak direbut. Bukan siapa yang berkuasa dalam parti yang hendak dikejar. Yang utama sekali ialah, adalah KeADILan yang ada hari ini akan terus relevan di hati rakyat.

Kewujudan KeADILan dalam Pakatan Rakyat, sama pentingnya dengan PAS dan DAP. Kelemahan KeADILan adalah juga kelemahan Pakatan Rakyat. Begitu juga kepada PAS dan DAP.

Masalah wujud dalam semua parti. Tetapi dalam ruangan ini penulis hanya mahu menfokus masalah yang dihadapi KeADILan.

Masalah yang dihadapi sekarang ialah sejauhmana kemampuan kepimpinannya mampu mengatasi persepsi kurang baik terhadap KeADILan.

Apakah persepsi yang kurang baik itu? Secara jujur digariskan di sini, antaranya ialah pertama, kebergantungan hanya kepada ketokohan Anwar Ibrahim. Maknanya, adalah dibimbangi, jika berlaku apa-apa yang tidak diingini terhadap Anwar, KeADILan akan jadi macam 'anak ayam kehilangan ibu.' Anwar juga dilihat sebagai faktor penyatuan dalam parti.

Kedua, KeADILan dilihat mempunyai terlalu banyak faction leader atau group leader. Sama ada faktor ini kerana perbezaan antara Melayu dengan bukan Melayu, beza kerana bergabung dua parti (Parti Keadilan Nasional dengan Parti Rakyat Malaysia), atau beza kerana pelbagai latar belakang kumpulan dalam parti. Perbezaan ini memungkinkan sukarnya ideologi mereka disatukan.

Ketiga, selepas PRU ke-12 lepas, ramai pemimpin, terdiri dari Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri yang defect dari KeADILan, sehingga menyebabkan Kerajaan Negeri Perak tumbang dan ada yang goyah.

Keempat, wujudnya persepsi pemimpin KeADILan sama ada di peringkat kerajaan negeri atau dalam Pihak Berkuasa Tempatan, yang kelihatan tamak kuasa. Sehingga timbul pergeseran kecil akibat berebut jawatan JKKK. Sehingga ada yang berkata, seolah-olah dari segi berebut kedudukan atau jawatan ini, KeADILan tiada beza dengan Umno.

Kelima, wujudnya hubungan kurang mesra di kalangan wakil rakyat KeADILan dengan kepimpinan PAS atau DAP di peringkat Parlimen atau Dun, yang dilihat boleh menjejaskan persefahaman untuk jangka panjang.

Mungkin banyak lagi boleh dicatat. Cukup sekadar ini dahulu. Apa pun kepimpinan KeADILan harus memperhalusi permasalahan persepsi ini. Kerana, persepsi itu menterjemahkan kepercayaan dan keyakinan rakyat.

Cabaran terbesar KeADILan bukanlah semata-mata untuk mengemukakan suatu sistem yang dilihat lebih demokratik, tetapi ialah, sejauhmana ia mampu menjadi team player yang meyakinkan rakyat untuk terus menyokong Pakatan Rakyat.

Cabarannya ialah sejauhmana ia mampu menghapuskan semua persepsi buruk terhadap KeADILan, mampu membezakannya dengan Umno dan ia mempunyai kepimpinan yang komited serta ahli-ahli yang setia.

Jika pun kepimpinan berubah, kepimpinan dilihat semakin mantap, tetapi ahli di peringkat bawahan terus melompat atau keluar parti, imej parti agak sukar dipulihkan.

Jika persepsi tidak ditangani sebaiknya, ada kemungkinan harapan menuju ke Putrajaya pada PRU ke-13 nanti, hanyalah mimpi yang tidak berkesudahan.

Penulis tidak bermaksud untuk mengkritik semberono, tetapi ianya sekadar merupakan muhasabah yang membina, bagi kepentingan Pakatan Rakyat keseluruhannya.


Harakahdaily

Timbalan: Azmin 72, Zaid 27, Mustaffa 15, Tian 3

Pencalonan bagi naib presiden, Azmin Ali untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR meningkatkan 72 selepas 120 cabang selesai hari ini.

Sehingga semalam, Azmin memperolehi 70 pencalonan selepas 118 cabang selesai bermesyuarat.

Pembantu Azmin yang dihubungi Malaysiakini mengesahkan kedudukan terkini itu.

Hari ini Azmin memperolehi dua lagi pencalonan - dari cabang Bukit Bintang (Wilayah Persekutuan) dan Pensiangan (Sabah).

Manakala ketua PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim pula mendapat 27 pencalonan; ketua PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (15) dan pengarah strategik PKR, Tian Chua (3), manakala pengarah pilihan raya Fuziah Salleh; Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar masing-masing mendapat satu pencalonan.

Sementara itu, bagi jawatan presiden, Bukit Bintang mencalonkan ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim manakala Pensiangan pula mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengekalkan jawatan tersebut.

Bagi jawatan naib presiden, Bukit Bintang mencalankan ahli parlimen Padang Serai, N Gobalakrishnan; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; ketua PKR Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng, dan pengerusi tetap AMK, Yahya Shaari.

Pensiangan pua mencalonkan Datuk Jeffrey Kitingan; ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar; ketua PKR cabang Tuaran, Ansari Abdullah; dan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Datuk Dr Mansor Othman.

Sebanyak 37 lagi cabang PKR di enam negeri dijadual melangsungkan mesyuarat agung tahunan dan mengadakan pemilihan pucuk pimpinan cabang dan pusat hari ini.

Negeri-negeri itu ialah Johor (6 cabang), Negeri Sembilan (2), Pulau Pinang (3), Sarawak (9), Wilayah Persekutuan (7), Selangor (9) dan Sabah (1).

Sabtu, 25 September 2010

100 cabang, Azmin terus dominasi pencalonan

Setelah separuh keputusan yang diterima daripada seluruh negara, Naib Presiden PKR Azmin Ali terus mendominasi percalonan untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Daripada 100 cabang daripada 205 di seluruh negara, beliau yang juga ahli parlimen Gombak setakat ini mendapat 58 pencalonan.

Manakala dua lagi pencabarnya Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim mendapat 25 pencalonan dan seorang lagi naib presiden Mustaffa Kamil Ayub memperolehi 13 pencalonan.

Sementara tiga calon lagi - pengarah strategik PKR Tian Chua mendapat dua pencalonan, pengarah pilihan raya Fuziah Salleh dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim masing-masing mendapat satu pencalonan.

Berikut jumlah pencalonan untuk jawatan presiden dan timbalan:

Presiden
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail - 92
Datuk Seri Anwar Ibrahim - 8

Timbalan presiden
Azmin Ali - 58
Datuk Zaid Ibrahim - 25
Mustaffa Kamil Ayub - 13
Tian Chua - 2

Belum layak
Fuziah Salleh - 1
Tan Sri Khalid Ibrahim - 1

Naib Presiden
Fuziah Salleh - 45
Shamsul Iskandar Md Akin - 33
Mustaffa Kamil Ayub - 29
Datuk Mansor Othman - 25
Lee Boon Chye - 22
R Sivarasa - 17
Tian Chua - 16
N Gobalakrishnan - 13
Nurul Izzah Anwar - 11
Tan Sri Khalid Ibrahim - 11
Azmin Ali - 11
Ansari Abdullah - 10
Datuk Jeffrey Kitingan - 9
Datuk Chua Jui Meng - 9
Xavier Jayakumar - 6
Mohd Noor Manuty - 6
Datuk Zaid Ibrahim - 6
S Manikavasagam - 5
Yahya Shaari - 4
Abdullah Sani - 4
Suresh Kumar - 4
Saifuddin Nasution - 3
Badrul Amin Baharon - 2
Yusmadi Yusoff - 2
Jimi Donald - 2

Belum layak bertanding
Zamri Yusof - 1
James Ghani - 1
Saiman Marzuki - 1
Kamarul Baharin Abbas - 1

Untuk melayakkan bertanding jawatan di peringkat pusat, seseorang calon mestilah mendapat dua pencalonan minumum daripada cabang.

Timbalan: Azmin 58, Zaid 25, Mustaffa 13

Sebanyak 37 lagi cabang PKR di sembilan negeri dijadual melangsungkan mesyuarat agung tahunan masing-masing hari ini.

Negeri-negeri itu ialah Terengganu (4 cabang), Perak (5), Melaka (2), Johor (4), Wilayah Persekutuan (5), Selangor (1), Sabah (5) dan Sarawak (4).

Setakat ini, sebanyak 100 cabang telah mengadakan mesyuarat dan melangsungkan pemilihan mereka masing-masing.

Berikut perkembangan semasa pencalonan:

7.55pm Di Pasir Salak, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Mustaffa Kamil Ayub. Naib: Khalid Ibrahim, N Gobalakrishnan, Mohd Noor Manuty dan Lee Boon Chye.

Di Bayan Baru, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Mansor Othman, Fuziah Salleh, Shamsul Iskandar Md Akin dan Yusmadi Yusoff.

Di Segambut, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Mustaffa Kamil Ayub, Nurul Izzah, Lee Boon Chye dan Saifuddin Nasution.

Ini bermakna, daripada 100 cabang, Azmin mendapat 58 pencalonan, Zaid mendapat 25 dan Mustaffa 13 pencalonan.

Mustaffa Kamil tewas ketua cabang

Naib Presiden PKR Mustafa Kamil menerima tamparan awal apabila tewas tipis 17 undi dalam pemilihan peringkat cabang Pasir Salak hari ini.

Dalam pertembungan dua penjuru, Mustaffa mendapat 94 undi manakala pesaingnya Osman Abdul Rahman - bekas ketua cabang itu - mendapat 111 undi.

Keputusan mengejutkan itu baru diumumkan sebentar tadi.

Menurut seorang pemimpin cabang itu, Mahmud Yahya, Mustaffa bagaimanapun akan membuat bantahan berhubung kekalahannya itu dalam masa terdekat kerana mengesyaki berlakunya "politik wang".

"Ada konspirasi untuk menjatuhkan karier politik Mustaffa di Perak dan peringkat pusat," dakwa Mahmud yang juga salah seorang penyokong kuat bekas pemimpin NGO Islam itu.

Setakat ini, tambah Mahmud, pihaknya sedang mengumpul bukti berkaitan untuk dikemukakan kepada jawatankuasa pemilihan PKR.

Sementara itu, usaha Malaysiakini menghubungi Mustaffa setakat ini belum berhasil.

Pemerhati politik berpendapat, kekalahan itu bakal menyukarkan lagi laluan Mustaffa yang juga merebut jawatan timbalan presiden parti menentang dua tokoh heavyweight Naib Presiden Azmin Ali dan Penyelaras Pakatan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

Untuk pencalonan sebagai jawatan nombor dua PKR itu, Mustafa setakat ini mendapat 12 pencalonan daripada 97 cabang yang keputusannya telah diperoleh.

Beliau ditinggalkan jauh oleh Azmin dengan 56 pencalonan manakala Zaid pula sebanyak 25 pencalonan cabang setakat ini.

Timbalan: Azmin 54, Zaid 24, Mustaffa 12

Sebanyak 37 lagi cabang PKR di sembilan negeri dijadual melangsungkan mesyuarat agung tahunan masing-masing hari ini.

Negeri-negeri itu ialah Terengganu (4 cabang), Perak (5), Melaka (2), Johor (4), Wilayah Persekutuan (5), Selangor (1), Sabah (5) dan Sarawak (4).

Setakat semalam, pencalonan untuk naib presiden PKR Azmin Ali bertambah kepada 46 selepas tiga lagi cabang - dua di Kelantan dan satu Kedah - mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden.

Sehingga ini pencabar terdekatnya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 21 pencalonan manakala pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (10), Tian Chua (2), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan.

Setakat ini, sebanyak 94 cabang telah mengadakan mesyuarat dan melangsungkan pemilihan mereka masing-masing.

Berikut perkembangan semasa pencalonan:


6.04pm Di Balik Pulau, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Fuziah Salleh, Mansor Othman, Yusmadi Yusoff dan R Sivarasa.

Speaker DUN Pulau Pinang Abdul Halim Hussein menang besar jawatan ketua cabang menewaskan naib ketua Mohd Shukri Ishak.

Di Ledang, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Zaid. Naib: Chua Jui Meng, Nurul Izzah Anwar, Shamsul Iskandar Md Akin dan Tian Chua.

Di Sepang, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Xavier Jayakumar, Abdullah Sani, Yahya Shaari dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Ini menjadikan Azmin memperoleh 54 pencalonan keseluruhan sebagai timbalan presiden. Manakala Zaid pula mendapat 24 dan Mustaffa kini kekal 12 pencalonan.

5.08pm
Di Gopeng, pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Mustaffa Kamal Ayub. Naib: Lee Boon Chye, Fuziah Salleh, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Lee yang juga ahli parlimen cabang itu mempertahankannya jawatan ketua cabang menewaskan setiausaha PKR negeri Anuar Zakaria.

Di Kota Melaka, pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Azmin Ali. Naib: Shamsul Iskandar Md Akin, Mustaffa Kamil Ayub, R Sivarasa dan Fuziah Salleh.

Di Jasin, pencalonan Presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin Ali. Naib: Mustaffa Kamil Ayub, Shamsul Iskandar Md Akin, Fuziah Salleh dan N Gobalakrishnan.

Di Bakri, pencalonan Presiden: Wan Azizah.Timbalan: Azmin Ali. Naib: Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, Mustaffa Kamil Ayub dan Setiausaha PKR Johor Saiman Marzuki.

Ini menjadikan Azmin kini memperoleh 52 pencalonan, Zaid 23 dan Mustaffa sebanyak 12 cabang.

4.25pm Di Titiwangsa, pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Azmin. Naib: Fuziah Salleh, R Sivarasa, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Di Bukit Bendera, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Tian Chua, Mansor Othman, Fuziah Salleh dan Xavier Jayakumar.

Di Kepong, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Zaid Ibrahim. Naib: Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, N Gobalakrishnan dan K Suresh.

Ini menjadikan Azmin secara keseluruhan mendapat 47 pencalonan, Zaid sebanyak 23 dan Mustaffa sebanyak 11 pencalonan.

Timbalan: Azmin 52, Zaid 23, Mustaffa 12

Sebanyak 37 lagi cabang PKR di sembilan negeri dijadual melangsungkan mesyuarat agung tahunan masing-masing hari ini.

Negeri-negeri itu ialah Terengganu (4 cabang), Perak (5), Melaka (2), Johor (4), Wilayah Persekutuan (5), Selangor (1), Sabah (5) dan Sarawak (4).

Setakat semalam, pencalonan untuk naib presiden PKR Azmin Ali bertambah kepada 46 selepas tiga lagi cabang - dua di Kelantan dan satu Kedah - mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden.

Sehingga ini pencabar terdekatnya, pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 21 pencalonan manakala pengerusi PKR Perak, Mustaffa Kamil Ayub (10), Tian Chua (2), Tan Sri Khalid Ibrahim dan Fuziah Salleh masing-masing mendapat satu pencalonan.

Setakat ini, sebanyak 91 cabang telah mengadakan mesyuarat dan melangsungkan pemilihan mereka masing-masing.

Berikut perkembangan semasa pencalonan:


5.08pm Di Gopeng, pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Mustaffa Kamal Ayub. Naib: Lee Boon Chye, Fuziah Salleh, Nurul Izzah Anwar dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Lee yang juga ahli parlimen cabang itu mempertahankannya jawatan ketua cabang menewaskan setiausaha PKR negeri Anuar Zakaria.

Di Kota Melaka, pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Azmin Ali. Naib: Shamsul Iskandar Md Akin, Mustaffa Kamil Ayub, R Sivarasa dan Fuziah Salleh.

Di Jasin, pencalonan Presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin Ali. Naib: Mustaffa Kamil Ayub, Shamsul Iskandar Md Akin, Fuziah Salleh dan N Gobalakrishnan.

Di Bakri, pencalonan Presiden: Wan Azizah.Timbalan: Azmin Ali. Naib: Chua Jui Meng, Fuziah Salleh, Mustaffa Kamil Ayub dan Setiausaha PKR Johor Saiman Marzuki.

Ini menjadikan Azmin kini memperoleh 52 pencalonan, Zaid 23 dan Mustaffa sebanyak 12 cabang.

4.25pm Di Titiwangsa, pencalonan Presiden: Wan Azizah, Timbalan: Azmin. Naib: Fuziah Salleh, R Sivarasa, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Md Akin.

Di Bukit Bendera, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Tian Chua, Mansor Othman, Fuziah Salleh dan Xavier Jayakumar.

Di Kepong, pencalonan presiden: Wan Azizah. Timbalan: Zaid Ibrahim. Naib: Nurul Izzah Anwar, Tian Chua, N Gobalakrishnan dan K Suresh.

Ini menjadikan Azmin secara keseluruhan mendapat 47 pencalonan, Zaid sebanyak 23 dan Mustaffa sebanyak 11 pencalonan.

3.39pm Di Setiawangsa. Pencalonan Presiden: Wan Azizah. Timbalan: Mustafa. Naib: Fuziah Salleh, Khalid Ibrahim, Tian Chua dan Datuk James Ghani.

Mustaffa kini mendapat 11 pencalonan keseluruhan.

3.25pm
Di Semporna. Pencalonan Presiden: Wan Azizah. Timbalan: Azmin. Naib: Ansari Abdullah, Datuk Mansor Othman, Mustafa Kamil Ayub dan Jimi Donald.

Azmin kini mendapat 47 pencalonan keseluruhan.

3.20pm
Di Wangsa Maju, Zaid dicalonkan sebagai timbalan presiden oleh cabangnya sendiri, menjadikan keseluruhan 22 pencalonan. Datuk Seri Wan Azizah dicalonkan sebagai presiden.

Manakala jawatan naib pula diberikan kepada Khalid, Tian Chua, Setiausaha Agung Saifudin Nasution dan Fuziah Salleh.

Zaid menang tanpa bertanding untuk jawatan ketua cabang berkenaan.

Jumaat, 24 September 2010

Timbalan: Azmin 46, Zaid 21, Mustaffa 10

Pencalonan untuk naib presiden PKR Azmin Ali bertambah kepada 46 hari ini selepas tiga lagi cabang yang bermesyuarat hari ini – dua di Kelantan dan satu Kedah – mencalonkan beliau bertanding jawatan timbalan presiden. Tiga cabang tersebut yang bermesyuarat hari ini ialah Jeli dan Gua Musang (Kelantan) dan Baling (Kedah). Mesyuarat agung dua lagi cabang di Kedah – Jerai dan Merbok – ditangguhkan hari ini kerana dakwaan berlaku penyelewngan dalam proses pemilihannya

Azmin Ali : 'I have no problem with Wan Azizah'

Azmin: Tak perlu isytihar setia pada Wan Azizah

Malaysiakini

Azmin Ali berkata beliau tidak perlu mengisytiharkan sokongan yang tidak berbelah bagi pada Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail kerana perkara itu telah tergambar melalui perkhidmatan lebih sepuluh tahun sebagai naib presiden.

azmin ali pc in parliament 020709 02Bekas setiausaha sulit kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim selama 26 tahun itu juga memberitahu, selepas bosnya itu merengkok di penjara, kesetiaanya dan hormatnya kepada anggota keluarga bekas timbalan perdana menteri itu tidak pernah berubah.

"Keluarganya (Wan Azizah) dan keluarga saya lalui bersama hujan ribut untuk sekian lama," kata Azmin ketika ditanya tentang 'persepsi' bahawa hubungannya dengan isteri Anwar itu kini 'bermasalah'.

"Saya tidak perlu isytihar kesetiaan pada presiden kerana saya telah berkhidmat dengannya sebagai naib presiden lebih daripada 10 tahun".

Menyifatkan persepsi terhadapnya itu bukan masalah besar, Azmin menegaskan supaya tiada pihak yang merendah-rendahkan kemampuan wanita pertama yang menjadi presiden parti dan ketua pembangkang di negara ini.

"Seperti saya katakan tadi, jangan rendahkan kemampuan Wan Aziziah. Beliau ada soft power (kuasa halus). Beliau menjadi sosok penyatu dalam parti," kata Azmin.

nurul izzah interview 090910Pada 16 September lalu, Nurul Izzah dilaporkan memberikan petunjuk sokongannya terhadap Zaid untuk bertanding jawatan timbalan presiden.

Portal berita Free Malaysia Today melaporkan Nurul sebagai berkata, PKR memerlukan seorang pejuang sejati dan perlu berhati-hati degan "serigala berbulu kambing" dalam parti itu.

Ekstrim anti-Azmin

Bercakap dalam sidang media di Kuching, Izzah dilaporkan menjelaskan ucapannya sebelum itu bercakap tentang ahli politik berfikiran sempit yang hanya bercakap tentang kepentingan sesuatu kaum sahaja.

"Kita perlukan Zaid dan bawah kepimpinannya, (PKR) KL semakin maju. Beliau juga mempunyai wawasan untuk parti.

"Bagaimana saya boleh rujuk Zaid sebagai serigala sedang saya sepatutnya secara ekstrim anti-Azmin" beliau dipetik sebagai berkata.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini di Bangsar kelmarin, Azmin ketika ditanya berhubung kenyataan Nurul Izzah itu sempat menyoal balas kembali: "Siapa miliki FMT (Free Malaysia Today)?"

"Saya tidak tahu siapa miliki FMT. Tetapi kamu juga kena berlaku adil kepada Nurul Izzah. Beliau telah keluarkan kenyataan menyangkal laporan FMT itu, tetapi kenyataan ini dipadamkan, tidak dilaporkan," jelas Azmin lagi.

Beliau yang juga ahli parlimen Gombak memberitahu, dalam rumah terbuka Aidilfitri parlimen Lembah Pantai Ahad lalu, Nurul Izzah sendiri telah memberitahunya bahawa apa yang dilaporkan itu tidak benar.

"Tidak timbul dakwaan yang dilaporkan FMT. Dan saya kenali Izzah lebih daripada orang lain, daripada (beliau) kecil (lagi)," katanya sambil mendakwa ada agenda tertentu untuk memutarbelitkan kenyataan itu.

Terdapat cakap-cakap bahawa portal berita itu mempunyai 'hubungan' yang rapat dengan Zaid - pesaing utama Azmin dalam pemilihan PKR.

Sindir Zaid

Bagaimanapun, Zaid sendiri pernah menafikannya kepada Malaysiakini dalam satu wawancara ketika beliau bertanding sebagai ahli parlimen Hulu Selangor sebelum ini.

Isu 'kesetiaan' kepada presiden itu timbul apabila Zaid pada 20 September menulis dalam blognya, sekiranya beliau menang merebut jawatan timbalan, kuasa presiden yang disandang Wan Azizzah akan dikembalikan.

Menurutnya, ini ekoran ada "bisikan" Wan Azizah bukan ketua sebenar, sebaliknya kepimpinan lebih selesa memberi kepercayaan sepenuhnya kepada Anwar sebagai ketua umum.

Ditanya sama ada Zaid pernah menyuarakan perkara itu melalui saluran dalaman parti, bekas menteri di jabatan perdana menteri itu disindir lagi.

"Kamu kena tanya Datuk Zaid, berapa kali dia datang mensyuarat?" kata Azmin.

"Dalam gahiarah tawar khidmat, jangan buat kenyataan yang boleh timbul keragaun. Saya saran bawa pandangan bantu parti. Kedudukan Azizah diterima, dihormati anggota parti. Siapa kita hendak mempertikaikan kedudukan Wan Aziziah?

"Lihat pencalonan, itu tandanya sokongan untuk Wan Azizah cukup kuat. Kalau beliau tidak efektif atau hanya sebagai boneka seperti dituduh setengah pihak, setakat ini takkan ahli (PKR) boleh terima.

Khamis, 23 September 2010

Zaid: Syed Husin nyanyu, bukan nyanyuk

Malaysiakini

Penyelaras Pakatan Rakyat hari ini menafikan menggelar timbalan presiden PKR Syed Husin Ali sebagai nyanyuk, seperti dilaporkan portal berita Free Malaysia Today semalam.

Sebaliknya, menurut Zaid (kanan), perkataan yang digunakannya adalah "nyanyu", lapor portal itu dalam penjelasannya hari ini.

"Saya bercakap dengan wartawan berkenaan ketika dalam perjalanan dengan kereta.

"Mungkin wartawan itu salah dengar; tetapi apa yang saya kata, beliau (Syed Husin) mungkin sudah 'nyanyu' dan mungkin lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan dalam wawancara dengan Merdeka Review," beliau dipetik sebagai berkata.

"Saya tidak gelar beliau nyayuk."

Dalam bahasa Melayu, nyanyuk bermaksud berkelakuan seperti kanak-kanak (bukan orang yang sudah terlalu tua), tidak berapa betul lagi (bukan fikiran orang yang sangat tua) dan raban.

Manakala nyanyu pula bermaksud bercakap yang bukan-bukan, meraban dan merepek.

Zaid, yang bertanding jawatan nombor dua dalam PKR diselar pelbagai pihak, termasuk pesaingnya Naib Presiden Azmin Ali (kiri) ekoran kenyataan kontroversi tentang Syed Husin itu.

Semalam, versi bahasa Malaysia portal berkenan melaporkan Zaid sebagai berkata, Syed Husin, yang tidak mempertahankan jawatannya, sudah lupa beberapa perkara sehingga mengeluarkan kenyataan yang tidak betul.

Zaid dilaporkan berkata, selepas ditugaskan memberi idea dan kertas kerja untuk menyatukan PKR, PAS, dan DAP untuk didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS), beliau tidak faham kenapa kenapa Syed Husin mempertikaikan kerjanya.

"Saya rasa beliau sudah nyanyuk dan lupa mengenai hal itu," beliau dipetik sebagai berkata kepada akhbar itu semalam.

Zahid Patut Jadi Hero Negara Bukan Champion Dalam Parti

MSO

APABILA Zaid Ibrahim membuat keputusan untuk tidak merayu kepada Umno atas pemecatannya dan selepas itu mengumumkan kemasukannya ke dalam PKR banyak orang merasa gembira dan bertuah. Kedatangan Zaid ke dalam PKR dikira akan menyemarakkan lagi perjuangan Pakatan Rakyat untuk menumbangkan BN. Apa yang diharap, pengalaman jahat, provokasi, politik wang, rasuah di dalam Umno yang dilalui dan dialami Zaid akan digunakan untuk menempelak BN seluruhnya. Zaid akan menjadi senjata ampuh untuk membunuh Umno.

Selain itu orang melihat langkah Zaid bersama pembangkang dan meninggalkan kedudukan lumayan sebagai menteri satu tindakan berani beliau dan menggambarkan beliau seorang pejuang tulen. Orang yang ingin melihat keadilan, kebenaran dan benci kepada penyelewengan dan salah guna kuasa yang diratah UBN selama ini. Orang sudah benci!

Tanpa mempersoalkan bagaiman atau kronologi beliau melepaskan jawatan menteri dan dipecat dari parti, orang di luar khasnya penyokong Pakatan Rakyat mengangkat Zaid sebagai seorang berprinsip, berani, telus, tidak mementingkan diri dan kedudukan. Beliau mulai dilihat atau diletakkan bakal menjadi hero baru pembangkang. Beliau diharap menjadi wira membela rakyat tertindas. Itulah ilusi umum.

Memang Pakatan Rakyat terutamanya PKR memerlukan orang seperti Zaid. Apa lagi PKR telah kehilangan beberapa jagohan termasuk jagohan kampung yang perut leper dan tetapi pelahap. Kekosongan yang ditinggalkan mereka itu dikira akan dipenuhi oleh Zaid. Hati penyokong PKR dan Pakatan Rakyat dikira terubat dengan kehadiran Zaid.

Zaid memang diterima dengan seadanya dan sesuai dengan profesionalisme dimilikinya. Dia diletakkan terus ke dalam saf kepimpinan tertinggi PKR. Beliau menjadi ahli Biro Politik, biro tertinggi dalam membuat dasar dan menentukan hala tuju parti. Beliau dilayan sama tinggi dan sestatus timbalan presiden dan naib-naib presiden.

Tidak cukup itu, dan atas kepercayaan kehebatan serta wibawa beliau juga beliau diberi tugas untuk menguruskan Pakatan Rakyat sebagai penyelaras. Ini tugas besar sebenarnya di mana beliau seolah bertindak menjadi Setiausaha Agung kepada Pakatan Rakyat. Sudah pasti sekiranya Pakatan Rakyat menjadi sebuah komponen sah beliaulah menjadi Setiausaha Agungnya.

Kemajuan terus dicapai oleh beliau apabila diberi kepercayaan untuk menghadapi calon BN dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor. Kepercayaan PKR kepada beliau satu penghormatan yang memerlukan pengorbanan bukan kecil. PKR terpaksa berkorban dan turut sama kehilangan beberapa ahli jagohan kampung (perut leper dan pelahap) apabila beliau diberi kepercayaan. Hakikat ini patut disedari Zaid dan hendaklah dijadikan bahan renungan jiwa buatnya.

Iya tidak terhenti di situ saja. Bintang dan tanggungjawab beliau semakin bertambah, terbaru beliau dilantik pula menjadi Pengerusi Perhubungan PKR Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lebih ironisnya beliau mengambil tempat Mohamad Azmin Ali.

Sebenarnya dengan kedudukan itu semua sudah cukup untuk Zaid menunjukkan bakat, komitmen dan melakukan sesuatu kepada PKR dan Pakatan Rakyat dalam usaha gagasan untuk memerintah Malaysia. Zaid seharusnya tidak perlu sibuk dengan hal-hal yang akhirnya menyerlahkan beliau sebagai tamak ataupun inginkan kepada kuasa lebih besar dalam waktu terdekat yang mana menatijahkan perbalahsan sesama sendiri.

Beliau boleh menjadi hero dengan jawatan itu semua. Misalnya beliau harus mencari ikhtiar bagaimana kedudukan Pakatan Rakyat kemas, mantap dan kuat. Tugas menyelaras bukan saja setakat untuk memastikan ROS meluluskan pendaftaran Pakatan Rakyat sebagai parti politik. Kita dianggap bijak kalau kita boleh menyelaras, menyusun dan memperkuatkan ikatan parti-parti Pakatan Rakyat tanpa ianya dilulus sebagai sebuah parti. Di sinilah orang akan menilai kerja dan kebolehan kita.

Agak malangnya, tugas-tugas dan harapan diberikan kepada Zaid itu sedikit terbengkalai apabila beliau kini berkucah dalam pergolakan untuk menadi Timbalan Presiden PKR. Beliau nampak lebih menumpukan kepada agenda diri sendiri daripada agenda parti. Beliau banyak berusaha menjadi ch0mpion dalam parti bukannya hero dalam negara. Bukan tidak boleh beliau bertanding, dengan nilai dan wibawanya beliau layak. Tetapi untuk apa? Zaid harus bertanya diri sendiri dulu sedalam-dalamnya untuk mengambil keputusan itu. Itu sepatutnya.

Saya nampak alasan yang diberikan untuk mengembalikan kuasa presiden adalah semata-mata alasan setelah alasan lebih besar tidak ada. Apakah Zaid mengira selama ini Wan Azizah Wan Ismail gagal mengemudikan parti secara berkesan kerana beliau dihalang atau kuasanya dirogol? Dan ikhlas saya tanya, apakah Zaid mempercayai seorang wanita seperti Azizah mampu untuk mengemudi bahtra sebesar PKR yang menjadi tunggak kepada Pakatan Rakyat kalaupun Azizah diserahkan tanggungjawab itu sepenuhnya?

Zaid juga tahu selama ini Azizah hanyalah lambang kepada presiden sebenar. Sebagai simbol juga Azizah tidak mungkin dapat atau berkuasa melakukan lebih dari itu.

Rasanya Zaid sendiri tidak percaya dan tahu sejauh mana kemampuan Azizah. Selain itu beliau juga tahu bahawa kuasa Wan Azizah sebagai presiden siapa yang memakan dan memamahnya. Bukankah Awanr? Jadi kalau Anwar yang memakan dan memamahnya, kenapa Zaid harus bingkas memeprsoalkan kedudukan Azizah terhalang. Makanya itu cuma alasan semata.

Kalau begitu kenapa Zaid tidak saja bertanding jawatan presiden? Kenapa timbalan Presiden?

Dalam satu hal saya tidak senang dengan sikap Azmin terhadap semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor. Pada saya Azmin jelas mensebotaj Zaid dan salah satu faktor kekalahan Zaid ialah bila Azmin tidak berperanan sepatutnya dan melumpuhkan sebahagian jentera pilihan PKR. Azmin perlakukan begitu kerana bimbang dengan Zaid. Kemenangan Zaid di Hulu Selangor boleh mengancam periok politiknya dalam PKR. Makanya beliau kena usaha kalahkan Zaid dalam tidur.

Tetapi itu bukan alsan besar untuk Zaid membenci Azmin dan menjadikan pertandingan merebut jawatan timbalan presiden satu peluang terbaik buatnya. Beliau harus melalui pertandingan ini dengan tenang tanpa menimbulkan kerosakan kepada parti. Beliau harus menumpukan kepada Azmin saja disamping mendedahkan apakah misi dan visi beliau. Zaid sepatutnya meletakkan kepentingan parti lebih daripada kepentingan untuk menjatuhkan Azmin.

Beliau tidak boleh menjadi 'bas ekspress' dalam PKR. Beliau harus menjadi bas henti-henti terlebih dahulu. Beliau tidak perlu bertanding jawatan timbalan presiden, apa lagi atas alasan peribadi kerana tidak senang dengan Azmin. Beliau boleh menyokong mana-mana calon lain kalaupun beliau tidak setuju dengan Azmin dan bukan terus memandu bas ekspres - bertanding jawatan itu. Bila beliau bersikap memandu bas ekspress orang akan nampak yang beliau ingin lekas sampai!

Pun begitu, tidak menjadi masalah. PKR mengamalkan demokrasi tulen (kononnya). Zaid boleh bertanding dan sesiapa saja boleh bertanding. Tetapi dalam kempen janganlah terkeluar kata nesta, andaian dan provokasi yang boleh merosakkan parti ianya tidak baik. Kenapa harus emosi sangat. Hadapilah pertandingan sebagai satu ruang yang halal dan hadapi dengan sikap kekeluargaan. Misalnya membaitkan orang lain sebagai alat kempen adalah tidak bagus. Kritikan terbuka Zaid kepada Syed Husin Ali sesuatu yang mendukacitakan.

Saya mencatatkan ini kerana ada bahasa dan lenggok Zaid yang pada saya tidak elok kepada PKR. Ketegasan dan ketelusan Zaid dalam mempertahankan prinsipnya ada kalanya tidak tepat dan ini memberi masalah kepada PKR sendiri. Sesuatu yang selama ini orang tidak tahu, kini ia sudah terbuka dan terbahar bila Zaid menghuraikannya dalam mempertahakan tindakannya. Zaid juga tidak boleh merasakan tindakannya bersama PKR satu pengorbanan besar yang tak mungkin dilakukan orang lain. Beliau harus ingat beliau bersama PKR sesudah penyokong dan pemimpin PKR lain telah menyeberang sungai darah dan airmata.

Justeru diseru kepda Zaid agar tenang menghadapi pertandingan merebut jawatan timbalan presiden ini. Serahkan kepada ahli tanpa banyak provokasi dan muslihat. Tirulah sifat dan sikap seorang lagi calon, Mustapa Kamil Ayub yang diam dan tidak berbuat sesuatu yang boleh memberi imej buruk kepada parti. Bersikap sedarhana dan bersifat tasamuh itu lebih baik ia dari agresif dan penuh emosi.

Jika ini tidak dikawal dan berlebihan kemungkinan apa yang saya bimbang sebelum ini akan jadi kenyataan. Sesungguhnya parti PKR itu sudah terlalu penat dan letih untuk berdepan dengan satu lagi perpercahan. Apa lagi Anwar sendiri juga sudah tidak daya untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Kekadang kesian melihat Anwar dalam dia bergelut dengan masalah dirinya sendiri, (kes mahkamah) beliau juga kena tangani masalah parti bukan saja dalam PKR adakalanya masalah membabitkan Pas dan DAP.

Sebenarnya kalau semua orang sayangkan parti dan sayangkan Anwar jangan cipta masalah tetapi cubalah hindarkan masalah dari timbul. Zaid dan Azmin adalah aset besar untuk Anwar dan PKR. [wm.kl.8:00 am 23/09/10]
Photobucket
Template by : realaduka .blogspot.com